HARGA minyak mentah Brent naik ke paras tertinggi sejak tujuh tahun lalu hari ini disebabkan pertumbuhan optimism permintaan, pengurangan kebimbangan varian Covid Omicron dan ketegangan geopolitik.
Harga naik mencecah AS$86.84 (RM363.30) di pasaran Asia, tahap tidak pernah dicapai sejak Oktober 2014.
Pasaran Brent dan West Texas naik lebih 10% setakat tahun ini ketika pelabur semakin yakin yang permintaan akan terus meningkat disebabkan dunia kembali kepada kelaziman aktiviti dan ekonomi kembali dibuka.
Peningkatan harga ini berlaku selepas pemberontak Huthi di Yaman mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di Abu Dhabi yang menyebabkan letupan tangki minyak yang membunuh tiga orang semalam, menambah yang syarikat tempatan dan asing di Emiriah Arab Bersatu perlu mengelak “pemasangan (operasi) penting”.
Berita itu menimbulkan kebimbangan tentang bekalan dari rantau kaya minyak itu. – AFP, 18 Januari, 2022.
Komen