PKPD di Kg Batu Talam, Raub dari 19 Januari hingga 1 Februari


PKPD di Kampung Batu Talam, Raub, Pahang dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Januari, 2022.

PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Januari ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 1 Februari. – Bernama, 18 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen