12 maut dalam gempa bumi Afghanistan


SEKURANG-KURANGNYA 12 orang terbunuh selepas gempa bumi melanda barat Afghanistan pada Isnin, kata seorang pegawai.

Mangsa maut apabila bumbung rumah kediaman mereka runtuh di daerah Qadis di wilayah barat Badghis, kata gabenor daerah Mohammad Saleh Purdel.

Gempa itu bermagnitud 5.3, menurut pusat kajian geologi Amerika Syarikat.

“Beberapa orang turut cedera dalam gempa bumi hari ini,” kata Purdel sambil menambah mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Afghanistan, yang mengalami cengkaman kemanusiaan, diburukkan lagi oleh pengambilalihan Taliban ke atas negara itu pada Ogos apabila negara Barat membekukan bantuan antarabangsa dan akses kepada aset yang dipegang di luar negara.

Qadis adalah salah satu kawasan yang paling teruk terjejas oleh kemarau yang dahsyat, mendapat sedikit manfaat daripada bantuan antarabangsa dalam tempoh 20 tahun lalu.

Negara itu sering dilanda gempa bumi, terutamanya di banjaran gunung Hindu Kush, yang terletak berhampiran persimpangan plat tektonik Eurasia dan India.

Gempa bumi boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap rumah dan bangunan yang tidak dibina dengan baik di negara miskin Afghanistan. – AFP, 17 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen