Indonesia catat lebihan dagangan AS$35 bilion pada 2021


Import negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu meningkat 38.59% kepada AS$196.19 bilion dengan pembelian barangan meningkat kepada 37.73%. – Gambar AFP, 17 Januari, 2022.

INDONESIA mencatatkan lebihan dagangan sebanyak AS$35.34 bilion (AS$1=RM4.18) pada 2021, paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, menurut Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia.

Ketua BPS, Margo Yuwono berkata, eksport melonjak 41.88% kepada AS$231.54 bilion didorong oleh peningkatan 35.11% dalam eksport bukan minyak dan gas, katanya pada taklimat secara maya hari ini.

Import negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu meningkat 38.59% kepada AS$196.19 bilion dengan pembelian barangan meningkat kepada 37.73%.

Negara itu mencatatkan lebihan dagangan sebanyak AS$1.02 bilion pada Disember 2021, meningkat 47.93% tahun ke tahun, eksport pula meningkat 35.30% kepada AS$22.38 bilion dan import meningkat 47.93% kepada AS$21.36 bilion. – Bernama, 17 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen