Polis siasat wanita diganggu secara seksual oleh Adun


POLIS menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora, berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku Adun itu terhadap wanita berumur 26 tahun di balai polis Kota Tinggi pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa, yang dipercayai ahli parti politik di Johor, mendakwa diganggu secara seksual beberapa kali oleh Adun terbabit. – Bernama, 17 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen