Kylie Jenner selamat lahirkan bayi perempuan


Bintang realiti TV Amerika Syarikat yang juga pengasas Kylie Cosmetics, Kylie Jenner melahirkan bayi perempuan di Los Angeles pada 1 Februari lalu.– Gambar EPA, 5 Februari, 2018.

BINTANG realiti TV Amerika Syarikat yang juga ahli perniagaan kosmetik Kylie Jenner selamat melahirkan bay perempuan dengan teman lelakinya Travis Scott, umumnya hari ini. 

Jenner, 20 yang mengendalikan Kylie Cosmetics turut muncul dalam siri realiti “Keeping up with the Kardashians.”

Nama bayinya masih belum didedahkan kepada umum. Bagi berkenaan dilahirkan di Los Angeles pada 1 Februari lalu. 

Jenner biasanya sibuk di media sosial. Namun kehamilannya tidak didedahkan kepada umum dan menurutnya tindakan itu adalah keputusannya. 

“Saya risau bayi saya akan jadi lebih tertekan dan beremosi. Jadi saya putuskan untuk melakukan seperti ini untuk kehidupan dan kegembiraan kami,” katanya menerusi Twitter. – AFP, 5 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen