Kes baharu Covid-19 turun kepada 3,010


Elill Easwaran

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 2,828 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih kepada 2,732,771. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2022.

KES baharu Covid-19 terus menunjukkan penurunan dengan 3,010 kes dilaporkan hari ini berbanding 3,074 semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini kepada 2,808,347 setakat tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 2,828 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih kepada 2,732,771.

Beliau menambah maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web CovidNow.

“Data harian laman web CovidNow dikemas kini selepas tengah malam,” katanya di Twitter hari ini. – 16 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen