TWITTER semalam memaklumkan akaun yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang menyiarkan video menyeru pembalasan dendam terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS) DonaldTrump, lapor AFP.
Seruan tersebut atas kematian komander tertinggi Iran Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron AS di luar lapangan terbang Baghdad pada 3 Januari 2020.
Akaun @KhameneiSite minggu ini menyiarkan video animasi menunjukkan pesawat tanpa pemandu mensasarkan Trump, yang mengarahkan serangan dron itu.
Video bertajuk ‘Revenge is Definite’ itu turut disiarkan di laman web rasmi Ayatollah.
“Akaun yang dirujuk telah digantung secara kekal kerana melanggar dasar larangan kami,” kata jurucakap Twitter dipetik AFP.
Akaun utama Khamenei dalam pelbagai bahasa bagaimanapun masih aktif. Tahun lalu, Twitter menggantung satu lagi akaun serupa kerana satu catatan juga merujuk kepada dendam terhadap Trump.
Twitter berkata dasar syarikatnya jelas menolak kegananasan dan akan mengambil tindakan apabila sesuatu pelanggaran dikenal pasti. – AFP, 16 Januari, 2022.
Komen