Kuarantin wajib 7 hari bagi individu positif Covid-19, kata Khairy


Elill Easwaran

Individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19, perlu dikuarantin lima hari jika mereka telah menerima suntikan penggalak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2022.

KUARANTIN wajib tujuh hari akan dikenakan kepada mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19, tanpa mengira varian, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Ia akan menjadi tujuh hari bagi mereka yang divaksin atau mempunyai simptom dan 10 hari bagi mereka yang tidak divaksin sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19, perlu dikuarantin lima hari jika mereka telah menerima suntikan penggalak.

“Kontak rapat yang belum melengkapkan vaksin perlu dikuarantin selama tujuh hari.

“Prosedur ini akan berkuat kuasa esok, dan juga terpakai kepada mereka yang menjalani pengasingan dan kuarantin,” katanya.

Beliau berkata prosedur pengasingan dan kuarantin baharu itu juga terpakai kepada individu yang sedang menjalani pengasingan dan dalam kuarantin.

Semalam menyaksikan 3,246 jangkitan baharu.

Selangor melaporkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,006, diikuti Johor (380) dan Kuala Lumpur (280).

Negeri lain yang turut melaporkan kes adalah Kedah (178), Kelantan (270), Melaka (166), Negeri Sembilan (157), Pahang (204), Perak (137), Perlis (15), Penang (198), Sabah ( 244), Sarawak (13), Terengganu (56) dan Labuan (8) dan Putrajaya (34).

Malaysia melaporkan kira-kira 2.8 juta jangkitan sejak permulaan wabak itu. – 15 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen