901 orang masuk hospital semalam kerana Covid-19


Noel Achariam

Kadar penggunaan hospital kini adalah 67.7%, naik berbanding 65.8% pada kelmarin dengan kes Covid-19 menyumbang 29% daripada jumlah keseluruhan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2022.

MALAYSIA semalam melaporkan 901 kes kemasukan ke hospital disebabkan Covid-19, Kata Kementerian Kesihatan.

Kadar penggunaan hospital kini adalah 67.7%, naik berbanding 65.8% pada kelmarin dengan kes Covid-19 menyumbang 29% daripada jumlah keseluruhan tersebut.

Kadar kemasukan ke hospital digunakan sebagai petunjuk keseriusan wabak. Manakala kadar hospital termasuklah penggunaan katil serta jumlah pesakit sedang dirawat di dalam unit rawatan rapi dan yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdapat 317 kemasukan di Lembah Klang dengan kadar penggunaan hospital adalah 61.4%.

Selangor melaporkan 265 kes kemasukan, Kuala Lumpur (29) dan Putrajaya (23).

Negeri lain yang melaporkan kes kemasukan ke hospital baharu adalah Johor (208), Kedah (28), Kelantan (43), Melaka (10), Negeri Sembilan (40), Pahang (35), Perak (52), Perlis (6), Pulau Pinang (12), Sabah (94), Sarawak (48) dan Terengganu (8).

Tiada kemasukan baharu dilaporkan di Labuan setakat semalam.

Semalam juga menyaksikan Malaysia melaporkan 3,246 kes baharu.

Selangor melaporkan kes tertinggi dengan 1,006 kes, diikuti Johor (380) dan Kuala Lumpur (280).

Negeri lain yang melaporkan kes baharu adalah Kedah (178), Kelantan (270), Melaka (166), Negeri Sembilan (157), Pahang (204), Perak (137), Perlis (15), Pulau Pinang (198), Sabah (244), Sarawak (13), Terengganu (56) Labuan (8) dan Putrajaya (34).

KKM merekodkan 2.8 juta kes Covid-19 dilaporkan sejak wabak mula meledak di negara ini. – 15 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen