12 kematian baharu Covid-19 semalam


Noel Achariam

BUAT hari kedua berturut-turut Malaysia melaporkan 12 kematian baharu disebabkan Covid-19 setakat semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Dua kes adalah kematian sebelum tiba ke hospital (BID), yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak kini seramai 31,762 orang.

Jumlah keseluruhan kes BID negara kini adalah 6,409 orang.

Data jumlah kematian harian adalah jumlah kematian disebabkan wabak pada hari itu serta kes kematian yang baharu disahkan pihak berkuasa disebabkan Covid-19.

Pusat data mentah KKM, GitHub, menunjukkan Selangor adalah negeri dengan kematian tertinggi semalam, 4 kes.

Ini diikuti oleh Pulau Pinang (2), Pahang (2), Terengganu (2), Johor (1) dan Kedah (1).

Tiada kes kematian baharu dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Setakat semalam, terdapat 40,558 kes aktif termasuk 204 pesakit yang dirawat di dalam unit rawatan rapi (ICU) dengan 95 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

3,052 kes lagi pula dilaporkan pulih. – 15 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen