Bekas menteri Denmark nafi bocor rahsia kerajaan


Bekas menteri pertahanan Denmark Claus Hjort Frederiksen disiasat susulan dakwaan membocorkan rahsia negara. – Gambar fail EPA, 15 Januari, 2022.

BEKAS menteri pertahanan Denmark Claus Hjort Frederiksen disiasat susulan dakwaan membocorkan rahsia negara, di mana beliau menafikan tuduhan itu.

Frederiksen, yang menjawab jawatan itu dari 2016 hingga 2019 dalam satu kenyataan berkata beliau disyaki melanggar had kebebasan bersuara.

“Saya bercakap sebagai wakil rakyat berkenaan isu politik dan tidak ada komen yang hendak ditambah pada masa ini.

“Tetapi saya tidak akan melakukan perkara yang boleh menjejaskan Denmark atau kepentingan rakyat negara ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas bekas ketua risikan tentera Lars Findsen ditahan pada Disember, kerana didakwa membocrkan rahsia sulit kepada media.

Beliau masih ditahan sementara beberapa wartawan disoal siasat dalam kes itu. – AFP, 15 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen