Brazil mulakan program vaksin kanak-kanak 5-11 tahun


Brazil memulakan program imunsasi vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun semalam. – Gambar EPA, 15 Januari, 2022.

BRAZIL memulakan program imunsasi vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun semalam, selepas ia diluluskan kerajaan walaupun dibantah Presiden Jair Bolsonaro.

Davi Seremramiwe Xavante, 8, kanak-kanak orang asli menjadi yang pertama diberi suntikan vaksin ketika majlis rasmi di hospital Sao Paulo, yang turut dihadiri Gabenor Joao Doria.

Dos vaksin Covid-19 yang pertama di Brazil turut diberikan di Sao Paulo pada Januari 2020.

Kumpulan umur baharu itu diluluskan untuk vaksinasi oleh pihak berkuasa kesihatan Anvisa sebulan lalu.

Lebih 20 juta kanak-kanak akan menerima vaksin Pfizer/BioNTech dengan syarat mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga.

Kumpulan orang asli dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan diberi keutamaan dalam menerima vaksin.

Bolsonaro dilaporkan mengkiritk tindakan itu dan bertegas berkata tidak akan membenarkan anak perempuannya, Laura yang berusia 11 tahun disuntik vaksin.

Beliau sendiri tidak divaksin, Bolsonaro mencetuskan kekecohan apabila meminta nama mereka yang bertanggungjawab meluluskan program itu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, lebih 300 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun maut akibat Covid di Brazil, iaitu antara 620,000 kes kematian akibat wabak itu di negara yang mempunyai populasi 213 juta.

Jumlah kes jangkitan baharu melonjak sejak kewujudan varian Omicron pada hujung November.

Kes baharu harian sekitar 100,000 pada Khamis. – AFP, 15 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen