Bomba dikerah ke kawasan kebakaran di Argentina


Panas dan angin menyumbang kepada penularan kebakaran di kawasan hutan di Argentina dengan ramalan cuaca menunjukkan hujan tidak cukup untuk memadamkan api. – Gambar AFP, 15 Januari, 2022.

DENGAN suhu semakin meningkat, anggota bomba dikerah ke kawasan hutan ke sembilan wilayah Argentina, termasuk satu kebakaran hutan yang aktif sejak lebih sebulan lalu.

Hampir 100 anggota dan kakitangan sokongan, dihantar menerusi pesawat dan helikopter, berusaha memadamkan kebakaran di Taman Negara Nahuel Huapi, kata jabatan bomba.

Taman itu berhampiran bandar pelancongan Bariloche, kira-kira 1,500km barat daya Buenos Aires.

“Ini kebakaran paling teruk pernah kami hadapi di rantua ini,” kata ketua jabatan bomba Lorena Ojeda.

Beliau bercakap kepada media dari lokasi kebakaran yang tercetus akibat panahan petir pada 6 Disember.

Bacaan suhu antara 35 hingga 40 darjah selsius tetapi meningkat lebih tinggi.

Panas dan angin menyumbang kepada penularan kebakaran dengan ramalan cuaca menunjukkan hujan tidak cukup untuk memadamkan api, kata Ojeda.

Kira-kira 5,900 hektar huan Andean terjejas akibat kebakaran itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dan tiada pemindahan mangsa kerana kepadatan populasi di situ rendah. – AFP, 15 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen