KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki boleh dipenjara jika ingkar sepina untuk hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari ini, kata Lim Kit Siang.
Azam diminta hadir ke mesyuarat jawatankuasa itu bagi menjelaskan dakwaan pemilikan saham yang dikaitkan dengannya.
Lim dalam kenyataan hari ini berkata ketua agensi antirasuh itu perlu hadir bagi membersihkan namanaya daripada kontroversi tersebut.
“Azam memperbohkan diri sendiri apabila berkata belau hanya bertanggungjawab kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM sedangkan beliau mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi kepada Parlimen dan rakyat Malaysia untuk bersikap jujur dan amanah sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.
“Azam tidak seharusnya menguji kuasa Parlimen untuk menghukumnya, kerana beliau menghina Parlimen jika mengingkari sepina PSC bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk hadir pada Rabu depan bagi membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan,” kata penasihat DAP itu.
Lim seterusnya berkata Akta Kuasa dan Kestimewaan Parlimen 1952 jelas menyatakan Parlimen boleh menghukum seseorang yang mengingkari arahan PSC.
“Saya sudah katakan bahawa seluruh kontroversi Azam akan dapat diselesaikan jika beliau bersedia untuk secara sukarela hadir di hadapan PSC bagi membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan.
“Mengapa Azam tidak bersedia untuk berbuat demikian?” soalnya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menambah, walaupun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata SPRM telahpun memulakan siasatan terhadap Azam, timbul persoalan siapakah yang mengetuai siasatan tersebut.
“Mengapa SPRM begiru berahsia tentang maklumat ini?” – 14 Januari, 2022.
Komen