821 pesakit dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 


Noel Achariam

Menurut Kementerian Kesihatan, 2.8 juta kes jangkitan Covid-19 dilaporkan sejak permulaan wabak itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Januari, 2022.

KEMASUKAN baharu pesakit Covid-19 ke hospital turutn kepada 821 semalam berbanding 937 sehari sebelumnya. 

Kadar penggunaan katil hospital kini 65.8%, turun daripada 67.7% hari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan.

Kes Covid-19 menyumbang 29.4% daripada kadar penggunaan katil.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.

Terdapat 292 kemasukan di Lembah Klang, yang mana kadar penggunaan katil hospital adalah sebanyak 61.8%.

Selangor merekodkan 251 kemasukan, Kuala Lumpur (33) dan Putrajaya (8).

Negeri lain yang turut merekodkan kemasukan baharu adalah Johor (172), Kedah (26), Kelantan (53), Melaka (6), Negeri Sembilan (67), Pahang (16), Perak (27), Perlis (4), Pulau Pinang (10), Sabah (92), Sarawak (41), Terengganu (15) dan Labuan (1).

Sebanyak 3,684 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam.

Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,083, diikuti Johor (456) dan Kuala Lumpur (309).

Negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan baharu adalah Kedah (185), Kelantan (279), Melaka (245), Negeri Sembilan (158), Pahang (253), Perak (153), Perlis (8), Pulau Pinang (164), Sabah (257), Sarawak (18), Terengganu (75), Labuan (18) dan Putrajaya (23). 

Kementerian Kesihatan berkata 2.8 juta jangkitan telah dilaporkan sejak permulaan wabak itu. – 14 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen