3,684 kes baharu Covid-19, lapor KKM


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 3,684 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan yang menunjukkan peningkatan untuk hari ketiga berturut-turut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Januari, 2021.

JUMLAH kes Covid-19 meningkat untuk hari ketiga berturut-turut apabila Malaysia melaporkan 3,684 jangkitan baharu setakat tengah hari, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Negara ini melaporkan peningkatan yang stabil dalam kes harian sejak 11 Januari apabila 3,175 kes dilaporkan.

Semalam 3,198 kes direkodkan.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 2,798,917 jangkitan dilaporkan sejak wabak bermula.

Pecahan kes akan dikemas kini dalam laman web CovidNow kementerian selepas tengah malam.

Sementara itu kira-kira 97.8% daripada populasi dewasa di negara ini atau 22.89 juta individu sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka setakat semalam.

Bagi populasi remaja pula membabitkan mereka yang berusia antara 12 dan 17 tahun, 90.8% atau 2.86 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 88% atau 2.77 juta daripada kumpulan itu sudah menyelesaikan vaksinasi. – 13 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen