Umno adakan perhimpunan agung 16-19 Mac, kata Ahmad Maslan


Ravin Palanisamy

Tarikh perhimpunan agung tahunan Umno 2021 ditetapkan oleh majlis tertinggi parti pada mesyuaratnya malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 12 Januari, 2022.

UMNO akan mengadakan perhimpunan agung tahunan 2021 dari 16 hingga 19 Mac tahun ini, kata Ahmad Maslan.

Setiausaha agung parti itu berkata tarikh itu ditetapkan oleh majlis tertinggi parti pada mesyuaratnya malam tadi.

“Tarikh baharu perhimpunan agung adalah dari 16 hingga 19 Mac 2022,” kata Ahmad dalam satu kenyataan selepas mesyuarat majlis tertinggi parti di ibu pejabatnya di ibu negara.

Bulan lalu parti itu menangguhkan perhimpunan agung yang dijadualkan dari 13 hingga 15 Januari berikutan banjir yang melanda negara ini.

Pada 16 Mac perhimpunan agung akan dimulakan dengan pelancaran sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Keesokan harinya perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan berlangsung.

Pada 18 Mac Presiden Parti Ahmad Zahid Hamid akan merasmikan perhimpunan utama dan memberi ucapan dasar.

Perhimpunan agung akan diteruskan untuk hari kedua pada 19 Mac.

“Semua 14 perwakilan daripada semua bahagian akan dijemput menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2021 dan tidak akan diadakan secara hibrid.

“Kelima-lima perwakilan setiap sayap juga akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing kali ini.

“Bagaimanapun SOP tetap akan dipatuhi dari segi jarak fizikal, penggunaan topeng muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, alat sanitasi dan lain-lain,” kata Ahmad berhubung kehadiran perwakilan. – 12 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen