3,198 kes baharu Covid-19 hari ini, lapor KKM


Ravin Palanisamy

NEGARA hari ini melaporkan sedikit peningkatan jangkitan Covid-19 apabila mencatatkan 3,198 kes baharu.

Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 3,198 jangkitan baharu virus itu setakat tengah hari ini, meningkat sedikit berbanding 3,178 kes semalam.

Ini menjadikan hari kedua berturut-turut jangkitan harian berlegar melebihi 3,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 2.79 juta orang telah dijangkiti Covid-19 itu sejak virus itu melanda negara.

Pecahan kes akan dikemas kini di laman web CovidNow KKM selepas tengah malam.

Sementara itu, 22.89 juta atau 97.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2.77 juta individu, atau 88 peratus remaja berumur antara 12 dan 17 tahun juga telah lengkapkan dua dos. – 12 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen