Kemasukan hospital Covid-19 meningkat kepada 915 


Ravin Palanisamy

Sejumlah 915 pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Januari, 2022.

MALAYSIA menyaksikan peningkatan kemasukan ke hospital Covid-19 apabila seramai 915 orang daripada 3,175 kes baharu yang direkodkan semalam dimasukkan ke hospital, kata Kementerian Kesihatan.

Negara merekodkan jumlah kemasukan pesakit ke hospital di bawah 900 sejak tiga hari lalu, dengan 748 kemasukan ke hospital yang direkodkan pada 10 Januari adalah yang terendah sejak 20 Disember 2021.

Laman web CovidNow menunjukkan kadar penggunaan katil meningkat kepada 66.3% semalam berbanding 65.1% sehari sebelumnya, manakala penggunaan katil dalam kalangan pesakit koronavirus menurun kepada 29% berbanding 29.5% sehari sebelumnya.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.

Lembah Klang, yang terdiri daripada Selangor (226), Kuala Lumpur (40) dan Putrajaya (22) menyumbang sejumlah 288 kemasukan baharu, yang tertinggi mengikut mana-mana negeri atau wilayah.

Penggunaan katil hospital di Lembah Klang, termasuk untuk kes bukan Covid, meningkat kepada 58.6% semalam berbanding 58.3% sehari sebelumnya.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (194), Sabah (111), Sarawak (68), Kelantan (53), Negeri Sembilan (39), Pahang (38), Perak (36), Kedah (28), Perlis (17), Melaka (15), Pulau Pinang (14), Terengganu (13) dan Labuan (1).

Di Melaka kadar penggunaan katil hospital terus meningkat kepada 83.9%.

Sementara itu, daripada 3,175 jangkitan baharu yang dilaporkan semalam, Lembah Klang menyumbang 998 atau 31.4% daripada jumlah keseluruhan kes - 662 di Selangor, 290 di Kuala Lumpur dan 46 di Putrajaya.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Kelantan (393), Johor (318), Kedah (260), Sabah (253), Pulau Pinang (197), Melaka (186), Pahang (178), Negeri Sembilan (151), Perak (113), Terengganu (88), Sarawak (22), Perlis (12) dan Labuan (6).

Memandangkan Malaysia melaporkan lebih banyak jangkitan baharu berbanding kes pulih semalam, jumlah kes aktif meningkat sebanyak 171 kepada 39,913.

Penggunaan alat bantguan pernafasan adalah pada 33.7% manakala penggunaan ICU berada pada 57%, yang mana 25.3% adalah disebabkan oleh koronavirus.

32,703 pesakit menjalani di kuarantin di rumah, 3,659 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 3,322 di hospital.

229 orang dirawat di unit rawatan rapi yang mana 99 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan. – 12 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen