3,175 kes baharu Covid-19, lapor KKM


Hailey Chung Wee Kye

NEGARA merekodkan 3,175 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Jumlah kes hari ini meningkat berbanding 2,888 pada semalam.

Jangkitan baharu hari ini juga menjadikan beban kes ditanggung negara kini sebanyak 2,792,035.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Noor Hisham juga berkata kadar jangkitan seluruh negara setakat semalam ialah 0.98, di mana nilai lebih daripada 1.0 bermakna jangkitan semakin merebak.

Labuan mempunyai kadar jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 1.16 antara semua negeri dan wilayah. – 11 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen