Dasar nuklear AS ‘akan musnahkan’ bumi, kata Iran


Seorang warga Iran berjalan melintasi mural burung merpati, simbol keamanan. Lewat Sabtu semalam, Menteri Luar Iran menyelar dasar baharu nuklear AS kerana ianya akan membawa umat manusia dan bumi ke arah kehancuran. – Gambar EPA, 4 Februari, 2018.

DASAR baharu nuklear Amerika Syarikat akan membawa umat manusia ke arah kehancuran, kata Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif.

Beliau berkata demikian sehari selepas Pentagon mengumumkan pelan merombak semula senjata nuklear mereka, umumnya kerana ancaman terbaharu oleh Rusia.

Zarif berkata dasar baharu itu “melanggar” Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) antarabangsa.

“Kajian semula pendekatan nuklear menggambarkan kebergantungan terhadap nuklear yang melanggar #NPT, langsung membawa umat manusia menuju kehancuran,” tulis Zarif melalui Twitter.

Katanya, rasa yang sama itulah yang membuatkan AS memperlecehkan perjanjian nuklear dengan Iran pada 2015, yang mana Presiden Donald Trump menuntut untuk mengadakan rundingan semula.

“Sifat kerap kepala Trump untuk merosakkan #JCPOA disebabkan rasa takut,” tulis Zarif, menggunakan nama teknikal perjanjian nuklear itu.

Dalam rombakan semula nuklear yang ditebritkan Pentagon itu, ia menyeru supaya senjata nuklear yang kecil dan senjata nuklear tahap rendah bertindak sebagai benteng “yang boleh dipercayai” terutamanya terhadap ancaman oleh Rusia. – AFP, 4 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen