Kes Covid-19 AS melebihi 60 juta


Jumlah kes Covid-19 di AS melebihi 60 juta semalam, menurut data yang dikumpulkan Universiti Johns Hopkins. – Gambar EPA, 10 Januari, 2022.

JUMLAH kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melebihi 60 juta pada Ahad, menurut data yang dikumpulkan Universiti Johns Hopkins, lapor Xinhua.

Menurut data itu, angka kes Covid-19 AS meningkat kepada 60,062,077, dengan jumlah 837,504 kematian, setakat 4.21 petang waktu tempatan.

AS kekal sebagai negara paling teruk dilanda pandemik itu, mencatat kira-kira 20% daripada jumlah kes jangkitan global dan lebih 15% daripada kematian global.

Kes Covid-19 AS mencecah 10 juta pada 9 November, 2020 melepasi 20 juta pada 1 Januari, 2021, melebihi 30 juta pada 24 Mac, melangkaui 40 juta pada 6 September dan berjumlah 50 juta pada 13 Disember. – Bernama, 10 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen