SEKURANG-kurangnya 19 orang maut manakala puluhan lagi cedera dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah bangunan pangsapuri di Bronx, New York semalam, kata Datuk Bandar Eric Adams semalam.
Media melaporkan sembilan kanak-kanak antara mangsa yang maut.
“Setakat ini 19 orang disahkan meninggal dunia, sementara yang lain berada dalam keadaan kritikal.
“Kejadian ini antara yang terburuk dalam sejarah,” Adams memberitahu CNNN, menambah 63 individu cedera dalam kebakaran itu.
New York Times melaporkan mangsa yang cedera dikejarkan ke lima hospital, dan ramai antara mereka mengalami sesak nafas dan serangan jantung.
Sekurang-kurangnya 200 dikerah ke lokasi untuk memadam kebakaran di tingkat dua dan tiga bangunan 19 tingkat di East 181st Street, beberapa blok di barat Zoo Bronx, awal pagi semalam. Punca kebakaran masih disiasat, kata bomba.
Kebakaran berlaku hanya empat hari selepas insiden sama di Philadelphia membabitkan bangunan perumahan awam tiga tingkat, yang menyebabkan 12 termasuk termasuk lapan kanak-kanak maut. AFP, 10 Januari, 2022.
Komen