LEBIH 150,000 individu dilaporkan maut akibat koronavirus di United Kingdom, kata kerajaan dalam angka terbaru wabak itu di salah satu negara paling teruk terjejas di Eropah.
Perdana Menteri Boris Johnson di Twitter berkata: “Koronavirus meragut banyak nyawa di negara kita dan angka hari ini yang direkodkan mencecah 150,000.”
Russia setakat ini menjadi negara Eropah dengan angka kematian Covid-19 tertinggi iaitu hampir 315,000.
Jumlah jangkitan baharu dilaporkan di UK melonjak kepada lebih 200,000 kes minggu lalu, tetapi berkurangan sedikit kepada 146,390 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Negara itu memperkenalkan undang-undang baharu termasuk wajib memakai pelitup muka sepanjang pembelajaran di selokah, sementara semua perhimpunan sosial di Englang disekat ketika musim perayaan.
Jumlah individu disahkan positif dan terpaksa kuarantin paling tinggi dalam sektor perkhidmatan kesihatan, menyebabkan kementerian pertahanan terpaksa menghantar tentera bagi membantu staf hospital.
Kemasukan ke hospital dan kematian lebih rendah berbanding gelombang pertama pandemik ketika orang ramai masih tidak divaksin.
Kerajaan menggesa orang ramai mengambil suntikan penggalak, yang setakat ini diberikan kepada 61% populasi berusia 12 tahun ke atas. – AFP, 9 Januari, 2022.
Komen