3,251 kes baharu Covid-19, lapor KKM


Hailey Chung Wee Kye

MALAYSIA melaporkan 3,251 kes baharu Covid-19 hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu ciapan di Twitter.

Kes baharu hari ini menurun sedikit berbanding 3,381 kes semalam.

Beliau berkata kes terkumpul negara kini sebanyak 2,783,331 sejak Covid-19 melanda.

Tambah Noor Hisham, pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam. – 8 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen