Kazakhstan tahan bekas ketua perisik kerana khianat


Bekas ketua agensi perisikan Kazakhstan ditahan ketika penunjuk perasaan di bandar terbesar negara itu Almaty menyerbu bangunan kerajaan susulan protes terhadap kenaikan harga bahan api. – Gambar EPA, 8 Januari, 2022.

BEKAS ketua agensi perisikan Kazakhstan telah ditahan kerana disyaki melakukan pengkhianatan tahap tinggi, kata agensi itu pada Sabtu, selepas beliau dipecat di tengah-tengah protes ganas.

Jawatankuasa Keselamatan Negara (KNB) dalam satu kenyataan berkata bekas ketuanya Karim Masimov telah ditahan pada Khamis selepas ia melancarkan siasatan ke atas tuduhan khianat tahap tinggi.

“Pada 6 Januari tahun ini KNB melancarkan siasatan praperbicaraan ke atas pengkhianatan tertinggi,” kata kenyataan itu.

“Pada hari sama, kerana disyaki melakukan jenayah ini, bekas pengerusi KNB K.K. Masimov telah ditahan dan ditempatkan di pusat tahanan sementara bersama yang lain.”

Masimov, sekutu rapat presiden pengasas Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, dipecat daripada jawatannya sebagai ketua KNB minggu ini ketika penunjuk perasaan di bandar terbesar Kazakhstan, Almaty menyerbu bangunan kerajaan. – AFP, 8 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen