PENTADBIRAN Biden pada Jumaat sekali lagi memberi tanda sokongan AS kepada Kesatuan Eropah dan Lithuania melawan China, yang dituduh menyekat eksport Lithuanian disebabkan ikatan diplomatik negara Baltik itu dengan Taiwan.
Wakil Perdagangan AS Katherine Tai hari ini bercakap dengan Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah Valdis Dombrovskis “dan meluahkan sokongan kuat AS” terhadap EU dan Lithuania yang berdepan tekanan China, kata kenyataan pejabat Tai.
Lithuania, salah sebuah negara terkecil di EU menggemparkan dunia pada Julai apabila ia membenarkan Taiwan membuka pejabat diplomatik di Vilinius.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan Beijing, yang tidak mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara dan menganggapnya sebagai wilayahnya.
China mula menghadkan ikatan diplomatik dan ekonomi dengan Lithuania sebagai responds.
Tai juga sudah bercakap dengan Menteri Luar Lithuania Gabrielius Landsbergis menerusi telefon pada Rabu, menegaskan sokongan Washington kepada negara itu. – AFP, 8 Januari, 2022.
Komen