KKM lapor 3,381 kes baharu Covid-19


Hailey Chung Wee Kye

Jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2.78 juta kes, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,381 kes baharu Covid-19 yang dikesan setakat 12 tengah hari tadi, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan menerusi Twitter berkata pertambahan itu menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2.78 juta kes.

Angka kes baharu hari ini turun sedikit berbanding 3,543 yang direkodkan semalam.

Dr Noor Hisham berkata Selangor mencatat angka harian tertinggi iaitu 879 kes, diikuti Kelantan 385 kes.

Di negeri-negeri lain, Johor melaporkan 299 kes, Kuala Lumpur (271), Sabah (242), Pahang (226), Pulau Pinang (219) dan Kedah (216).

Manakala Negeri Sembilan merekodkan 172 kes, Perak (161), Melaka (141), Terengganu (94), Putrajaya (30), Sarawak (18) serta Labuan dan  Perlis masing-masing 14 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam satu makluman berasingan di Twitter berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara setakat semalam adalah  0.96.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 paling tinggi di Labuan iaitu 1.10. – 7 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen