19 kematian akibat Covid semalam, lapor KKM


Hailey Chung Wee Kye

MALAYSIA melaporkan 19 kematian akibat Covid-19 semalam, empat daripadanya diklasifikasikan mati sebelum tiba di hospital (DOA), kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data GitHub KKM menyenaraikan kematian yang dilaporkan ini sebagai kes tertunggak.

Jumlah kematian akibat Covid-19 telah mencecah 31,628, di mana 6,382 adalah DOA.

Angka kematian harian ialah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari kejadian ditambah kes yang baru disahkan oleh KKM disebabkan oleh Covid-19.

Selangor melaporkan jumlah kematian terbanyak antara semua negeri dan wilayah, iaitu empat. Johor melaporkan tiga kematian.

Kelantan, Pahang, Sabah dan Terengganu masing-masing melaporkan dua kematian, manakala Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Perlis, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kadar kematian Malaysia berada pada kadar 0.8 peratus, dengan purata bagi kematian akibat koronavirus pada lapan bagi setiap 1 juta penduduk. – 7 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen