KKM lapor 920 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 semalam


Hailey Chung Wee Kye

Kadar penggunaan katil bagi kes Covid-19 meningkat daripada 28.3% kepada 29.1% semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2022.

SEBANYAK 920 orang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Kadar penggunaan katil bagi kes Covid-19 meningkat daripada 28.3% kepada 29.1% semalam, menurut laman web CovidNow.

Ia juga menyaksikan kadar penggunaan keseluruhan hospital di negara ini juga meningkat daripada 64.2% kepada 67.4%.

Kadar ini susulan 3,543 jangkitan Covid-19 baharu yang dilaporkan semalam.

Pada masa ini terdapat 39,779 kes aktif.

Dalam kebanyakan kes, 32,773 (82.4%) menjalani kuarantin di rumah, 3,259 (8.2%) di pusat kuarantin kerajaan dan 3,494 (8.8%) lagi di hospital.

Pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) menurun secara mendadak daripada 257 kepada 123, dan pesakit yang menggunakan ventilator juga menurun daripada 137 kepada 130 orang.

Penggunaan ventilator keseluruhan Malaysia adalah pada 37.4%. 

Penggunaan wad ICU pada kadar 56.3% dengan 26.1% melibatkan pesakit Covid-19.

Bilangan kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan virus. 

Kemasukan ke hospital termasuk penggunaan katil serta bilangan pesakit di ICU dan ventilator.

Lembah Klang terus mendahului dengan jumlah kemasukan hospital tertinggi sebanyak 294 pesakit.

Kebanyakan kes didaftarkan di Selangor (237), diikuti Kuala Lumpur (39) dan Putrajaya (18).

Penggunaan katil di Lembah Klang, termasuk bukan kes Covid, meningkat kepada 58.9%.

Semua negeri lain turut melaporkan kemasukan baharu: Johor (190), Sabah (102), Kelantan (69), Negeri Sembilan (53), Kedah (40), Pahang (35), Sarawak (33), Perak (31), Pulau Pinang (27), Terengganu (21), Melaka (13), Perlis (6) dan Labuan (6).

Kadar penggunaan hospital Melaka adalah pada 82.6%, tertinggi berbanding negeri lain.

Daripada 3,543 kes baharu Covid-19 semalam, 1,186 kes berada di Lembah Klang. Sebahagian besar kes adalah di Selangor dengan 919 kes, manakala Kuala Lumpur 229 dan Putrajaya 38.

Semua negeri lain turut melaporkan kes baharu dengan Johor (410), Kelantan (296), Pahang (260), Sabah (245), Pulau Pinang (222), Kedah (217), Melaka (168), Perak (166), Negeri Sembilan (160), Terengganu (153), Perlis (21), Labuan (20) dan Sarawak (19). – 7 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen