Tentera Israel tembak mati remaja Palestin


Tentera Israel sedang digiat melancarkan pelbagai serbuan memburu seorang pemuda Palestin yang disyaki membunuh paderi Yahudi pada Januari lalu. – Gambar EPA, 4 Februari, 2018.

SEORANG remaja Palestin maut ditembak dalam pertempuran dengan tentera Israel pada Sabtu ketika serbuan di Tebing Barat yang diduduki, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Lelaki itu ditembak di kepala selepas pertempuran meletus ketika serangan tentera Israel terhadap kampung Burqin di utara Tebing Barat berlaku, katanya.

Kementerian Kesihatan mengenal pasti lelaki yang maut itu sebagai Ahmad Abu Obeid, 19.

Pihak tentera tidak memberi komen mengenai kematian itu, tetapi berkata dalam satu kenyataan ia memasuki kampung itu, berhampiran bandar Nablus, dalam usaha mencari suspek yang menembak mati seorang paderi Israel pada Januari.

Raziel Shevah, paderi berusia 35 tahun, ditembak mati berhampiran Havat Gilad, sebuah pos penempatan Yahudi di kawasan Nablus, pada 9 Januari.

Sejak itu, tentera Israel melancarkan pelbagai serbuan ganas untuk mencari pembunuh yang disyaki, Ahmed Jarrar, 22 tahun.

Jarrar adalah anak lelaki Nasser Jarrar, ahli gerakan militan Islam Hamas yang terbunuh ketika menentang pasukan Israel semasa intifada kedua Palestin.

Tentera Israel tidak mengatakan sama ada dia berjaya ditangkap semasa serbuan itu. – AFP, 4 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen