Bicara kes 1MDB Najib tangguh, 6 saksi tidak hadir


Hailey Chung Wee Kye

Perbicaraan kes 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak pagi ini ditangguhkan susulan enam saksi pendakwa gagal hadir ke mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari, 2022.

PERBICARAAN kes 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak pagi ini ditangguhkan ke tengah hari susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan enam saksi pendakwa gagal hadir atas pelbagai sebab.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah antara sebab saksi tidak hadir ialah cuti sakit kerana demam, ada yang dikuarantin dan ada perlu menghadiri mesyuarat penting.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan mahkamah ditangguhkan hingga 2.30 petang ini untuk pendakwa mendapatkan saksi lain. – 6 Januari, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen