Polis Itali tahan suspek serang warga asing


Anggota polis berpakaian preman dilihat keluar daripada sebuah kenderaan yang membawa suspek di Macerata, Itali.– Gambar EPA, 3 Februari, 2018.

POLIS Itali berkata pihaknya berjaya menahan seroang lelaki berhubung kes tembakan rambang terhadap pelancong asing dari dalam sebuah kenderaan di tenah Itali pada Sabtu, mencederakan beberapa orang. 

Selepas serangan di pekan Macerata, suspek keluar daripada keretanya dan membuat tabik hormat fasis, kata media Itali. 

Dia turut didakwa membawa senjata ketika ditahan. 

Enam orang didakwa tercedera dalam serangan itu, empat daripadanya parah, menurut laporan media. 

Polis menerusi Twitter berkata “semua mangsa yang cedera adalah warag asing”.

Serangan otu berlaku sehari selepas seorang pencari suaka warga Nigeria ditahan di Macerata berhubung satu pembunuhan kejam wanita berusia 18 tahun yang mana mayatnya ditemui dalam sebuag beg awal minggu ini. 

Bagaimanapun, tiada kaitan rasmi dibuat antara kedua-dua insiden itu. – AFP, 3 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen