SEPASANG kembar yang lahir selang 15 min di California mempunyai tarikh lahir berbeza apabila seorang dilahirkan pada 2021 dan seorang lagi pada 2022.
Alfredo Antonio Trujillo lahir pada jam 11.45 malam pada malam Tahun Baharu di bandar Salinas.
Kemudian selepas 15 minit pada Tahun Baharu adiknya Aylin Yolanda Trujillo dilahirkan.
Pusat Perubatan Natividad dalam satu kenyataan pada minggu lalu berkata adalah dalam dua juta peluang anak kembar dilahirkan dalam tahun yang berbeza.
“Sukar dibayangkan bagi saya saya mereka adalah kembar dan mempunyai hari lahir yang berbeza,” kata ibu bayi berkenaan Fatima Madrigal, dipetik berkata dalam kenyataan itu.
Dr. Ana Abril Arias menyifatkan kelahiran itu sebagai satu kelahiran yang paling diingati dalam kerjayanya.
“Adalah satu keseronokan dapat membantu kelahiran anak kembar ini dengan selamat pada 2021 dan 2022,” katanya.
Alfredo dilahirkan dengan berat 2.75 kilogram manakala adiknya Aylin seberat 2.66 kilogram.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat berkata kira-kira 120,000 bayi kembar dilahirkan setiap tahun di negara itu mewakili kira-kira tiga peratus kelahiran. – AFP, 5 Januari, 2022.
Komen