14 maut kejadian tanah runtuh di Guizhou, China


ANGKA kematian akibat tanah runtuh melanda bandar Bijie, di Wilayah Guizhou barat daya China, pada Isnin meningkat kepada 14 mangsa, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada semalam.

Kejadian tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan sekitar 7 malam Isnin, menurut majlis perbandaran Bijie. 

Seramai 17 orang ditemui dengan 14 daripadanya disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi kini menerima rawatan di hospital. 

Mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil, menurut majlis perbandaran. 

Operasi menyelamat telah dihentikan dan punca kemalangan masih dalam siasatan. – Bernama, 5 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen