10 banduan maut cuba lari dari penjara di Haiti


Seramai 10 banduan maut dalam cubaan melarikan diri dari penjara di di Croix-des-Bouquets, Haiti dengan seorang polis turut terbunuh dalam insiden itu. – Gambar EPA, 4 Januari, 2022.

SERAMAI 10 banduan maut dalam cubaan melarikan diri dari penjara, dengan seorang polis turut terbbunuh dalam insiden pada Jumaat lalu.

Polis berkata tiga lagi pegawai polis cedera parah dan dipindahkan untuk mendapat rawatan di Cuba.

“Jumlah kematian 11 orang termasuk seorang pegawai polis,” kata jurucakap polis, Gary Desrosiers berkenaan insiden di Croix-des-Bouquets, di luar ibu kota Haiti.

Insiden bermula pada tengah hari Jumaat, apabila sekumpulan banduan bersenjata cuba lari keluar dari penjara kedua terbesar di negara itu.

Banduan itu menjadikan tiga pegawai polis dan seorang jururawat sebagai tebusan, kata Desrosiers.

Banduan terbabit merampas tiga senjata yang disimpan di pejabat penjara ketika cuba memasuki ruang keselamatan, namun pasukan khas polis yang dipanggil, berbalas tembak dengan mereka.

Susulan itu, empat senjata yang diseludup ke dalam penjara ditemui termasuk tiga senjata dirampas daripada pengawal.

Pada Februari 2021, lebih 400 banduan cuba melarikan diri dari penjara sama, mengakibatkan 25 maut termasuk pengarah penjara. – AFP, 4 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen