New York sepina Trump dalam siasatan kes penipuan


Bekas presiden Donald Trump, anak lelakinya Don Jr dan anak perempuannya Ivanka dikenakan sepina untuk beri keterangan dalam siasatan penipuan urus niaga perniagaan keluarga itu. – Gambar AFP, 4 Januari, 2022.

PIHAK berkuasa keadilan tertinggi New York mengeluarkan sepina terhadap bekas presiden Donald Trump, anak lelakinya Don Jr dan anak perempuannya Ivanka dalam satu siasatan berkenaan urus niaga perniagaan keluarga itu.

Peguam Negeri Jeneral Letitia James mengeluarkan sepina itu mengarahkan ketiga-tiga individu terbabit memberikan keterangan.

Ia susulan Washington Post melaporkan pada Disember, James meminta Trump datang memberi keterangan di pejabatnya pada 7 Januari.

Menerusi permohonan rasmi semalam, penyiasat kali pertama berkata mereka akan menemubual kedua-dua anak Trump dengan mengangkat sumpah.

Susulan laporan Post itu, Trump menyaman James, mendakwa beliau melanggar hak perlembagaannya dengan siasatan itu didorong faktor politik.

“Walaupun pelbagai cubaan dilakukan Trump Organization untuk melengahkan siasatan, kami yakin soalan kami akan dijawab dan kebenaran bakal terbongkar kerana tidak ada sesiapa pun mengatasi undang-undang,” kata jurucakap James.

 Alina Habba, peguam yang mewakili Trump berkata keluarga itu akan mencabar sepina berkenaan.

James dalam dalam siasatan berkenaan sama ada Trump Organization mungkin memberikan laporan palsu berkenaan nilai hartanahnya, bagi pontensi memperoleh kelebihan perbankan dan cukai.

Siasatannya bermula pada Mac 2019 dan mengesyaki Trump Organization secara menipu menaikkan nilai hartanah tertentu ketika membuat permohonan bank, dan kemudian melaporkan nilai lebih rendah ketika mengisytiharkan harta supaya cukai dibayar lebih rendah. – AFP, 4 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen