PM Haiti dakwa jadi sasaran bunuh


Perdana Menteri Haiti Ariel Henry berkata beliau menjadi sasaran cubaan bunuh pada hujung minggu ketika sambutan hari kebangsaan. – Gambar EPA, 4 Januari, 2022.

PERDANA Menteri Haiti Ariel Henry dalam satu temu bual berkata beliau menjadi sasaran cubaan bunuh pada hujung minggu ketika sambutan hari kebangsaan.

“Satu cubaan dibuat terhadpa saya. Nyawa saya dalam bahaya,” katanya, yang mentadbir negara sejak pembunuhan presiden president Jovenel Moise pada Julai.

Pertembungan antara polis dan kumpulan bersenjata meletus pada Sabtu ketika sambutan rasmi di Gonaives, kira-kira 150km utara ibu kota Port-au-Prince, di mana deklarasi kemerdekaan Haiti ditandatangani 200 tahun lalu.

Gambar diberikan kepada AFP menunjukkan kesan peluru di cermin kereta kalis peluru yang membawa Henry.

Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas sekumpulan orang awam dan anggota geng bersenjata di Gonaives melakukan keganasan ketika protes membantah lawatan Henry ke bandar mereka.

“Saya tahu saya ambil risiki,” kata Henry dalam temu bual itu.

“Kita tidak boleh biarkan penyangak dari mana-mana latar belakang sekalipun, didorong oleh kepentingan kewangan terendah, memeras ugut negara ini,” katanya.

Negara ini sejak sekian lama bergelumang dengan kemiskinan, bencana alam dan keganasan geng, di mana parlimen tidak berfungsi dan sistem kehakiman lumpuh selama dua tahun, dan pembunuhan Moise hanya memberatkan lagi krisis itu. – AFP, 4 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen