IRAN belum sampai ke tahap mengiktiraf kerajaan Taliban di Afghanistan, kata kementerian luar pada Isnin.
“Hari ini, kami pada dasarnya tidak pada tahap mengiktiraf” Taliban, kata jurucakap kementerian luar Saeed Khatibzadeh kepada sidang media.
“Kami berharap kerajaan Afghanistan akan bergerak ke arah yang membolehkannya mencapai pengiktirafan antarabangsa,” katanya.
“Iran dan negara-negara jiran Afghanistan bertegas khususnya mengenai pembentukan kerajaan inklusif yang mencerminkan kepelbagaian etnik dan demografi negara tersebut.”
Iran yang majoritinya Syiah, berkongsi sempadan 900 kilometer dengan Afghanistan, tidak mengiktiraf pemerintahan gerakan Sunni semasa mereka berkuasa pada 1996 hingga 2001.
Sudah menjadi tuan rumah kepada berjuta-juta rakyat Afghanistan dan bimbang kemasukan baru, Tehran berusaha melakar hubungan rapat dengan Taliban sejak rampasan di Kabul di tengah-tengah pengunduran Amerika Syarikat Ogos lalu.
Taliban telah membentuk kabinet semua lelaki yang terdiri sepenuhnya daripada ahli kumpulan itu, dan hampir secara eksklusif daripada etnik Pashtun.
Ia telah menyekat hak wanita untuk bekerja dan belajar, mencetuskan kecaman antarabangsa yang meluas. – AFP, 3 Januari, 2022.
Komen