Ekonomi Singapura pulih dari kemelesetan akibat virus


Selepas pulih dari kemelesetan terburuk sejak pandemik koronavirus melanda, ekonomi Singapura meningkat 7.2% tahun lalu. – Gambar EPA, 3 Januari, 2022.

EKONOMI Singapura meningkat 7.2% tahun lalu, pulih dari kemelesetan terburuk sejak pandemik koronavirus melanda, menurut data kerajaan hari ini.

Negara itu jatuh ke dalam prestasi ekonomi terburuknya pada 2020 apabila perniagaan dan sempadan antarabangsa ditutup menjejaskan ekonomi perdagangan dan pelancongannya.

Pihak berkuasa pada mulanya mengenakan langkah keras untuk menyekat pergerakan dan perhimpunan tetapi kemudian beralih kepada dasar untuk hidup dengan virus itu kerana majoriti penduduknya sudah mendapat vaksin sepenuhnya.

Singapura mencatatkan sejumlah 280,290 kes dengan 829 kematian setakat semalam.

Kementerian perdagangan mengeluarkan anggaran awal hari ini menunjukkan ekonomi berkembang sebanyak 59% tahun ke tahun pada suku keempat hingga Disember.

Pembuatan, tonggak ekonomi yang bergantung kepada perdagangan melonjak 12.8% tahun ke tahun didorong oleh permintaan global bagi peralatan semikonduktor dan semikonduktor, kata kementerian itu.

Pembinaan, pemacu pertumbuhan domestik meningkat 18.7% untuk tahun penuh.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong bagaimanapun berkata Singapura masih belum bebas.

“Memasuki tahun baharu, perjuangan menentang Covid-19 belum berakhir. Varian Omicron membawa ketidakpastian baharu,” katanya.

Beliau menambah Singapura berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menangani virus itu berbanding dua tahun lalu kerana dos suntikan penggalak dilancarkan dan vaksinasi kanak-kanak di bawah 12 tahun sedang dijalankan.

“Kita juga belajar untuk menguruskan cabaran kesihatan awam dengan lebih baik sambil meminimumkan kesan terhadap ekonomi kami.

“Sementara kami bersiap sedia untuk berdepan kesan Omicron, kami yakin boleh berdepan apa sahaja yang mendatang,” katanya.

Beliau menambah ekonomi dijangka berkembang 3% hingga 5% tahun ini. – AFP, 3 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen