Suntikan ke-4 vaksin Covid-19 di Israel


PM Israel Naftali Bennett umum individu berusia 60 tahun ke atas dan petugas kesihatan akan diberikan dos keempat Covid-19. – Gambar EPA, 3 Januari, 2022.

PERDANA Menteri Israel Naftali Bennett berkata individu berusia 60 tahun ke atas dan petugas kesihatan akan diberikan dos keempat Covid-19, susulan lonjakan jangkitan kes varian Omicron.

“Gelombang Omicron kini tiba dan kita perlu melindungi diri,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata kementerian kesihatan meluluskan suntikan penggalak itu kepada individu 60 tahun ke atas dan petugas kesihatan.

Israel pada Khamis meluslukan vaksin keempat Covid-19 bagi mereka yang lemah imuniti, dan ia yang pertama berbuat demikian.

Pihak berkuasa pada Ahad melaporkan 4,206 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dan 195% peningkatan jangkitan sepanjang minggu lalu.

Bennett berkata kes mungkin boleh melonjak kira-kira 50,000 kes sehari tidak lama lagi, dan turut menggesa semua dewasa dan kanak-kanak mendapatkan vaksin.

Lebih empat juta daripada populasi Israel 9.2 juta sudah menerima tiga suntikan vaksin koronavirus.

Sebanyak 1.4 juta kes jangkitan dan 8,244 kematian direkodkan di Israel. – AFP, 3 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen