Undang-undang pengisytiharan harta penjawat awam


Hailey Chung Wee Kye

Ramai pihak mempertikaikan mengapa tiada tindakan dikenakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang memiliki jutaan saham korporat pada 2015 dan 2016, tetapi tidak mengistiharkannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Januari, 2022.

BARU-BARU ini, fokus berita utama media ialah dakwaan saham korporat dimiliki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki pada 2015 dan 2016, dan beliau tidak mengisytiharkannya.

Azam didakwa mempunyai 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd setakat 30 April, 2015 dan 1.02 juta saham pada 31 Mac, 2016. Adiknya didakwa mempunyai 3.72 juta saham dalam syarikat yang sama.

Azam juga didakwa memiliki 2.15 juta saham dalam Excel Force MSC Bhd.

Kegagalan SPRM untuk menangani tuduhan ini menyebabkan pakar ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatannya dalam salah satu panel pemantau SPRM minggu lalu.

Beberapa ahli Parlimen turut mempersoalkan sama ada ketua pesuruhjaya SPRM itu melanggar undang-undang atau peraturan dengan memiliki saham dalam syarikat tersenarai di bursa.

The Malaysian Insight meninjau peruntukan undang-undang berknean jawatan penjawab awam dan pemilikan saham mereka.

Akta

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan penjawat awam termasuk pegawai kanan, boleh mempunyai saham korporat, tetapi perlu mengisytiharkan aset mereka setiap lima tahun.

Akta itu juga menyatakan ada had dan syarat untuk membeli saham berkenaan, dan kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil.

Menurut Seksyen 10, penjawat awam dan ahli keluarga rapat perlu mengisytiharkan semua harta, termasuk saham yang dibeli.

Pengisytiharan itu perlu dilaksanakan ketika diminta kerajaan, apabila pegawai berkenaan dilantik ke dalam perkhidmatan awam, dan ketika beliau memperoleh harta tambahan atau melupuskan harta.

Seksyen 10(4) akta itu menyatakan pegawai penyelia boleh membenarkan penjawat awam memiliki saham dengan faktor penentu, seperti sama ada pemilikan  harta itu akan menyebabkan konflik kepentingan terhadap perkhidmatan awam.

Seksyen 10(5) akta itu menyatakan jika pihak berkuasa disiplin berpuas hati dengan pengisytiharan harta dibuat pegawai berkenaan, ia akan mengarahkan ketua jabatan merekodkan pengisytiharan sudah dibuat. – 3 Januari, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen