4 maut, ramai terperangkap kejadian tanah runtuh di India


Pasukan menyelamat mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap dalam insiden tanah runtuh di Haryana, India. – Gambar Facebook, 2 Januari, 2022.

EMPAT orang terbunuh dan ramai mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan perlombongan di negeri Haryana di utara India pada Sabtu.

Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

“Setakat ini empat orang meninggal dunia,” kata Menteri Dalam Negeri Anil Vij dalam ciapan Twitter.

Beberapa trak sampah dan peralatan lain tertimbus selepas berlaku tanah runtuh di daerah Bhiwani.

“Amat berdukacita dengan kemalangan tanah runtuh di zon perlombongan Dadam di Bhiwani. Saya sentiasa berhubung dengan pentadbiran tempatan untuk memastikan operasi menyelamat  yang pantas dan bantuan segera kepada mangsa yang cedera,” ciap Ketua Menteri Haryana Manohar Lal Khattar. – Bernama, 2 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen