DUA roket ditembak dari Gaza pada awal Sabtu jatuh di Laut Mediterranean di pesisir pantai Tel Aviv, kata tentera Israel, tiada kecederaan dilaporkan.
“Awal pagi ini, dua roket dilancarkan yang dikenalpasti dari Tebing Gaza menuju ke Mediterranean,” kata tentera dalam satu kenyataan.
“Roket jatuh di pesisir Kawasan Metropolitian Tel Aviv,” tambahnya.
Tiada siren kecemasan dibunyikan dan sistem pintasan roket Iron Dome milik Israel tidak diaktifkan, kata tentera lagi.
Tidak jelas pihak bertanggungjawab melancarkan roket itu. Hamas, kumpulan yang mengawal Gaza juga tidak mengaku bertanggungjawab.
Israel terus menyekat kawasan itu sejak 2007, tahun Hamas mula berkuasa.
Tahun lepas Hamas menembak ratusan roket ke arah Israel sepanjang konflik 11 hari dicetuskan ketegangan di Baitulmaqdis.
Gencatan senjata dilakukan pada hujung Mei lalu dan sejak itu hanya lima roket atau peluru berpandu ditembak dari Gaza ke arah kawasan dijajah Israel, kata tentera dalam laporan tahunan dikeluarkan pada hujung Disember sebelum kejadian terbaru ini. – AFP, 1 Januari, 2022.
Komen