3,386 kes baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kes terkumpul sejak wabak mula melanda negara kepada 2,761,472. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 3,386 kes baharu Covid-19 pada hari pertama 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kes terkumpul sejak wabak mula melanda negara kepada 2,761,472.

Malaysia kini merekodkan kes baharu harian sekitar 3,000 kes sejak empat hari lepas, kes hari ini adalah yang terendah.

Negara melaporkan 3,683 kes pada 29 Disember, 3,997 kes (30 Disember) dan 3,573 kes semalam.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam ini.

Semalam, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan (R-naught) negara kekal pada 0.98, meningkat daripada 0.88 pada 25 Disember.

Bagi menghalang lonjakan mendadak kes Covid-19, nilai R-naught perlu berada di bawah takat 1.0.

Sejumlah 22,858,818 orang atau 97.6% populasi dewasa di negara ini sudah lengkap di vaksin setakat semalam.

Manakala, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,755,977 orang atau 87.6% populasi remaja sudah lengkap divaksin. – 1 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen