12 penganut Hindu maut akibat rempuhan di Kashmir


Kuil Mata Vaishno Devi antara kuil Hindu terkemuka di utara India, dan dikunjungi puluhan ribu penganut untuk bersembahyang setiap hari.– Gambar EPA, 1 Januari, 2022.

SEKURANG-kurangnya 12 penganut Hindu maut manakala 13 lagi cedera akibat dirempuh semasa upacara keagamaan di sebuah kuil awal pagi ini di Kashmir, kata pihak berkuasa.

Seorang pegawai pengurusan bencana berkata rempuhan berlaku di Kuil Mata Vaishno Devi, kira-kira jam 2.45 pagi waktu tempatan.

Jumlah mangsa rempuhan dijangka meningkat susulan orang ramai bersesak sepanjang jalan menuju ke kuil yang terletak di puncak bukit.

Upacara keagamaan diadakan sempena tahun baharu hari ini, kata pihak berkuasa.

Kuil Mata Vaishno Devi antara kuil Hindu terkemuka di utara India, dan dikunjungi puluhan ribu penganut untuk bersembahyang setiap hari. – AFP, 1 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen