Letupan gas di Uzbekistan, 3 maut


Sebuah rumah mandian di wilayah timur Fergana di Uzbekistan meletup, mengakibatkan tiga terbunuh semalam. – Gambar AFP, 1 Januari, 2022.

KEJADIAN letupan gas di sebuah rumah mandian di wilayah timur Fergana di Uzbekistan telah mengakibatkan tiga terbunuh dan mencederakan empat yang lain, menurut Kementerian Kecemasan Uzbek pada Jumaat.

Letupan itu mengakibatkan bumbung rumah mandian runtuh dan pasukan kecemasan diarah menjalankan operasi menyelamat, Xinhua memetik kementerian sebagai berkata.

Sementara itu, siasatan awal masih dijalankan berhubung kejadian, tambah kementerian itu. – Bernama, 1 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen