SEBUAH mahkamah di Vietnam hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada seorang aktivis kerana menulis catatan media sosial yang mengkritik kerajaan.
Bekas guru sekolah menengah Le Trong Hung merupakan aktivis kelima yang dipenjarakan dalam dua minggu lepas oleh negara komunis itu yang hampir tidak bertolak ansur dengan penentangan terhadap pemerintahannya.
Lelaki berusia 41 tahun itu berkempen sebagai calon bebas untuk pilihan raya DUN negara pada Mei tetapi ditolak sebagai calon oleh pihak berkuasa.
Dia ditangkap pada Mac dan dibicarakan pada Jumaat kerana membuat, menyimpan, mengedar atau menyebarkan maklumat dan dokumen yang bertujuan untuk menentang republik sosialis Vietnam.
Menurut peguam Ha Huy Son, Hung dikenakan hukuman penjara lima tahun dan perintah percubaan lima tahun pada perbicaraan di Hanoi yang berlangsung hanya separuh hari.
Laporan media kerajaan sebelum ini berkata Hung menggunakan media sosial untuk menerbitkan penulisan atau strim langsung penyelewengan dan penghinaan terhadap kerajaan.
Hung terkenal kerana mengambil bahagian dalam protes anti-China dan menyuarakan pandangan kritikal mengenai isu sosial dana lam sekitar serta menyokong aktivis lain.
Human Rights Watch menggesa Vietnam membebaskan Hung dengan segera tanpa syarat.
“Memenjarakan aktivis seperti Le Trong Hung yang berani bertanding sebagai calon bebas untuk Parlimen menunjukkan betapa hebatnya pilihan raya Vietnam,” timbalan pengarah Asia pertubuhan itu Phil Robertson dalam satu kenyataan.
Awal bulan ini mahkamah yang dikawal kerajaan memenjarakan empat aktibis lain atas tuduhan yang sama.
Salah seorang daripada mereka ialah wartawan penentang terkenal Pham Doan Trang yang dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun. – AFP, 31 Disember, 2021.
Komen