PULUHAN ribu penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan di Colorado, Amerika Syarikat (AS) semalam, yang diburukkan lagi oleh musim kemarau.
Seramai 20,000 penduduk di bandar Louisville, dan 13,000 lagi di Superior diarah tinggalkan kediaman masing-masing.
Menurut pihak berkuasa, kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan api tiang elektrik yang tumbang akibat angin kencang yang melanda Boulder County.
Angin dengan kelajuan 160km sejam itu turut dilaporkan di beberapa kawasan, menyemarakkan lagi api serta menyukarkan operasi memadam kebakaran. – AFP, 31 Disember, 2021.
Komen